Friday, 26 December 2014

DIA DAH ADA YANG LAIN

assalamualaikum........

hai....

hemm hentahlah nak mula dari mana , yang aku tahu sekarang dia dah ada yang lain. sungguh aku sedih...rupanya dia kasi aku gambar dia ngan perempuan yang dia kenal time kem prs tuhlah awek baru dia syasya namanya...hemm patutlah syasya tuh bagi kata2 semangat kat aku rupa-rupanya malam tuh diorg couple...hemm x per aq x marah mungkin ariff dah lama simpan perasaan kat dia. Baru aku tahu selama nih dia layan aku hanya sebab dia nak hilangkan bosan dia hemm yerlah ariff terima kasih . Dia dah bagi aku harapan yang tinggi menggunung tapi hemm ntahlah sabar jerlah yang aku mampu. takper lah aku tak kesah. perasaan marah sikit pon tak ada. aku bersyukur dia dapat perempuan lagi bagus dari aku. syasya tuh amik course kulinari so mesti ariff suka. tapi yerlah kan perempuan mana yang tak sedih bila dapat tahu orang yang dia sayang rupa-rupanya dah ada yang lain. dia orang selalu makan bersama bila balik wajib. sumpah aku cemburu bila dapat tahu cam tuh. diaorang dah jadi ttm selama sebulan than dia org couple time 15.12.2014...hemm tak perlah aku redha.. aku hanya boleh doakan dia bahagia. aku tak marah tapi hemm sedihlah sikit. nak buat macam manakan... mungkin ALLAH temukan dia dengan aku sebab ALLAH nak uji aku , atau mungkin dia jodoh aku. aku sedih lah tapi syasya baik sangat. aku harap syasya dapat jadi lebih dari aku. jujur aku rindu dia , aku rindu nak ws dengan dia , rindu nak dengar dia gelak , rindu nak dengar dia baca AL- FATIHAH , rindu segala-galanya tentang dia tapi apa aku boleh buat? Ya Allah kau jagakanlah dia berikanlah dia kebahagiaan semoga hubungan dia dengan syasya hingga ke akhir hayat amin.
#jujurakurinduariff

Monday, 15 December 2014

DIA ADA YANG BARU :)

Assalamualikum

Hai.... Emm dah lama rasanya saya x update blog ahahha apallah....  Saya nak ceritalah nih...sekarang dia dah ada yang baru tapi saya tak tahulah sapa perempuan tuh..mungkin perempuan tuh lagi cantik , baik , kurus dari saya .... Ciri - ciri saya x cukup seperti yg dia nak. Saya tak sempurna seperti perempuan lain dan saya tak sesuai dengan dia.  dia tuh handsome , baik , pandai masak  , tapi saya hemm jujur lah saya sedih sebab dia dah ada yang lain tapi apa saya boleh buat? Selagi saya mampu saya akan tunggu dia. Ya mungkin saya bodoh sebab tunggu dia tapi saya akan cuba untuk tunggu dia selagi dia tidak pegang tangan tok kadi untuk menikahi seseorang . Jujur saya  sedih bila dia kata dia ada yang baru .... Tapi saya tak boleh nak buat apa-apa saya bukan isteri dia. Tapi saya pegang kata -kata dia. Dia kata dia akan tunggu saya. Jadi saya akan pegang kata- kata dia itu. Dan saya akan berusaha untuk berubah Dan move on. Tapi dalam hati saya cuma ada dia insyaallah. Saya tak sempurna tapi saya akan berusaha untuk menjadi terbaik. Saya doakan dia agar dia bahagia. Saya akan bahagia kalau dia bahagia, saya akan tersenyum bila dia tersenyum

Monday, 24 November 2014

SENYUM JER LAH

Assalamualaikum hai....

Semalam aku dah wish dah befday dia yang ke 17....hahahha aq x tahulah dia hargai atau tidak ucapan dari aku tuh....hemm x perlah yang penting aku dah wish.... aq ingat lagi kacang ada cakap dengan aku yang dia tuh suka mainkan perasaan perempuan , suka buat perempuan terkejar- kejarkan dia , suka buat perempuan tunggu kat dia...hemm ntahlah aku tak tahu nak percaya atau tidak....kacang tuh entah betul entah tidak...tapi kacang tuh kawan dia sejak form 2 lagi.. tak perlah yang penting aq sayang dia...aku tak termakan sikit pon kata-kata kacang tuh....tak perlah selagi aku belum dapat pengganti dia , aku akan tunggu ariff...selagi aku mampu aku akan jaga perasaan ini untuk ariff hari - hari aku tunggu ws dari dia hari - hari.... aku tak ws dia sebab aku takut aku menggangu dia...tapi hari - hari aku rindu dia... aku tak tahulah kenapa susah sangat aku nak lupakan dia..... yer mungkin dia tak ada perasaan kat aku...kalau dah jodoh siapa tahukan hahaha gatal pulak aku nih apalah hahahahha

Ya Allah jagakanlah ariff hazim , periharalah akhlaknya...Ya Allah andai dia jodohku Engkau jagakanlah imannya , Ya Allah andai dia jodoh ku Engkau jagakanlah dirinya , Ya Allah andai dia jodoh ku Engkau berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk aku menempuh segala - galanya musibah yang akan aku tempuh sepanjang perjalan hidup ku.. aku terlalu menyayanginya Ya Allah  AMIN...


HAPPY BIRTHDAY DEAR

happy birthday to you ariff hazim bin mohd azmi
 semoga panjang umur dan murah rezeki...semoga bahagia dunia akhirat...aku harap hari bahagia ini dapat menggembirakan kau. aku nak jadi org terakhir yang wich befday kau sebab aku takut kau lupa yang aku wich befday kau...aku harap sangat kau hargai ucapan aku ini.... sebab aku takut jadi orang pertama... aku takut aku bukan org terakhir yang wich befday kau , aku tak nak jadi perempuan yang pertama yang kau sayang , sebab aku takut aku bukan perempuan pertama yang kau sayang , aku juga tak nak jadi perempuan pertama yang yang kau kenal , sebab aku takut aku bukan perempuan yang terakhir yang akan kau kenal , aku juga tak nak jadi perempuan yang pertama yang bahagiakan kau sebab aku takut aku bukan perempuan yang terakhir yang akan bahagiakan kau....yang penting aku tak nak jadi perempuan pertama dalam hidup kau sebab aku takut aku bukan perempuan terakhir daam hidup kau...aku sayang kau ariff hazim mohd azmi

Friday, 3 October 2014

KISAH AKU DAN DIA(CERITA LAMA THROWBACK)

ASSALAMUALAIKUM

ini kisah satu waktu mula - mula kami date ahhahah kelakar kan... yes nih lah ariff hazimnya... lelaki yang kedua aku sayang frist mestilah ayah aku kan hahhaha aku kalau dah sayang aku sayng betul2. sekali kau dah amik hati aku please jangan pulangkan...aku lemah sangat bila dia minta break sangat lemah dahlah time tuh aku tengah kem , pastu malam tuh ada malam kebudayaan boleh pulak time2 tuh dia minta break. nak bat cam mana terima jer lah.....


waktu nih dah nak habis sekolah dah..... aku jumpa dia sebab yer lah nnty sebulan lebih kot tak jumpa so biar aku jumpa dia puas2 hahahah rindu bhai dia tak der... text susah , call susah semua susah...dia nih anak mak. mak dia nak yang terbaik untuk dia so aku pon ok jer lah seorang mak mesti lah nak yang terbaik untuk anak2 dia kan?? ariff nih anak kedua daripada empat orang adeq beradik. kesemua adeq beradik dia adalah lelaki. ariff nih manja orangnya....



sayang.....
andai kata nanti kau dah ada pengganti aku , aku mohon jangan lupakan aku , aku rindu kau  yang dulu , jangan lupa solat , kesihatan tuh jaga, aku rindu nak date dengan kau lagi , rindu everything about kau yer lah dah sayang kan tak kan tak rindu pulak.... ariff hazim bin mohd azmi hati ini masik milikmu ....



ARIFF HAZIM

ASSALAMUALAIKUM....

hai hemm rindu sangat kat si dia...ntah kenapa?? dulu dia pernah happy kan aku , dia pernah buat ku tersenyum ,dia pernah buat aku dari bosan terus tak bosan , dia jugalah selalu nasihatkan aku tentang solat dan sebagainya.. dialah ARIFF HAZIM BIN MOHD AZMI. aku tak tahulah kenapa aku boleh sayang gila dekat dia. dulu kami pernah berjanji untuk ada antara satu sama lain...tapi tuh lah hubungan kami tak panjang. aku still berharap lagi sampai sekarang. sebab aku terlalu sayang kan dia. everyday aku tunggu dia , everyday aku cari dia dekat kolej tapi aku sedar yang dia tak akan kembali kat aku balik. aku tak mahu skit hati lagi , ku sendiri lagi tanpa kekasih... aku tak mahu ku ditinggal lagi , aku kan menanti sampai kau kembali. jujur aju nak dia kembali...aku sayang dia sangat2.. pada birthday aku yang ke 17 dia bagi aku hadiah , hadiahnya ialah baju dan tudung. aku suka sangat benda tuh. tapi tuh  lah aku dan dia hanya tinggal kenangan...tapi aku takpernah nak benci dia atau nak lupakan dia . sebab dulu dialah orng yang aku cari bila aku nangis , bila aku alone , bila aku need someone dan dialah selalu happy kan aku dan selalu buat aku happy. Ariff , aku akan tunggu kau insyaalah kalau ada jodoh tak kemana....aku sayang kau ariff hazim



Sunday, 28 September 2014

Ke Kem Ke Dia

Assaamualaikum...

hari nih dia dah pergi kem dah... baru jer pukul 9.00 lebih tadi dia pergi... rindu?? mestilah yer...hahaha sapa tak rindu kan. dia pergi kem tuh 4 hari 3 malam. lamakan?? satu Kolej Vokasional Malaysia yang akan menyertai kem tuh. dia pergi dekat Pagoh. hemm Ya Allah tetapkan lah hati dia untuk ku Amin. jujur aku rindu dia sekarang. sebelum dia kem aku ada bagi dia kek untuk dia makan sepanjang perjalanan  dia ke Pagoh. aku bagi dia kek untuk dia makan. aku tahu dia tak makan lagi. so aku bagi lah dia makanan. tak per untuk dia las perut sepanjang perjalanan dia. aku ikhlas. dia ada bagi aku hadiah sempena birthday aku. baju dan tudung. aku tak kesahlah mahal ker tak yang penting dia bagi aku juga hadiah. aku argai sangat - sangat. Alhamdulillah aku muat baju yang dia belikan tuh aku muat... hihihihi...aku tak minat pon baju bola hemm tapi tak per lah ok done for today bye

Tuesday, 23 September 2014

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH LAMAKU

ASSALAMUALAIKUM

Lama sudah saya tidak menaipkan?? hemm sebenarnya saya nak luahkan sesuatu...saya amat merindui Ariff Hazim Bin Mohd Azmi. dia ialah seseorang yang pernah singgah di hati saya. suatu ketika dulu dia pernah menggembirakan saya. tapi itu semua tinggal kenangan. jujur hati saya masih milik dia.. saya sangat menyayangi dia. dia anak mak. dia manja. dia seorang yang sangat baik. tapi perwatakan dia berubah apabila hubungan kami renggang. setelah kami tidak hubungi antara satu sama lain , apabila kami selisih pasti dia akan memberi salam kepada saya. tidak lama pon hanya 3 bulan sahaja. jujur saya amat merindui salam dari dia. setiap kali dia memberi salam kepada saya , saya pasti  jawab salamnya. tapi hanya dalam hati. walaupun waktu dia memberi salam kepada saya , saya pasti menarik muka tapi itu hanya sekadar saya menjual mahal. jujur hati ini masih miliknya lagi. saya telah luahkan bahawa saya amat merinduinya. tapi dia membalas balik. kemudian hubungan kami terjalin semula. tapi tidak lama hanya sekadar 2 minggu. katanya dia tidak ada mood nak layan perempuan. saya akur dengan keputusannya walaupun terluka. biarlah saya menangis asalkan dia bahagia. sekarang 24 september 2014. hati saya masih milik ARIFF HAZIM BIN MOHD AZMI

Saturday, 30 August 2014

THROWBACK

kadang - kadang saya baca balik chat saya dengan dia , saya akan tersenyum sendirian...ntah lah kenapa... rindu maybe...hemm memang lah rindu... teringat dulu dia chat ngan saya sampai tertidur...alolo sweet - sweeet jer...dengan sapa lah dia sekarang...nak lupakan kenangan dulu memang susah...tapi apakan daya susah kan??? so rindu jer lah yang aku mampu....nak get back , takut aku jer sowang yang nak tapi dia x nak ... x der guna juga kan??? ntah lah apa yang aku patut buat sekarang pon aku tak tahu... aku sayang dia.. tapi dia????hati dia mana lah aku tahu...rambut sama hitam tapi hati lain...nak sangat tengok muka dia sekarang. rasa macam nak pepeluk jer muka diatuh...yer lah abang sado kan...hahha gila pulak aku memalam nih....sebenarnya aku sedih tengok dia tweet - tweet dengan ttm dia...hemm ttm kan aku nih sapa lah kat dia...so aku kena sabar...kalau dia untuk aku , insyaalah dia akan sentiasa untuk aku, Kadang Allah bagi hambaNya kesedihanbaru kebahagian...itulah namanya ALLAH sedang menguji hamba-hambaNya...
aku perlu kuat...insyaalah.. :)

hai semua.....rasanya dah lama saya tak post apa - apa dekat blog kan???
hurm cerita saya ialah...saya rindu seseorang tuh juga...ntah lah jujur saya still tunggu dia...tapi ntah lah dia perlukan masa maybe....apa dia tengah buat agak nya ek?? saya suka stalk dia...sebab apa?? ntah kenapa...maybe dah sayang kot....kehilangan dia sungguh berat bagi saya. untuk saya melupakandia juga susah...yer lah dah lama bersama than nak lupakan macam tuh memang susah lah...aku masih teringat waktu kita orang mula - mula bersama...masing - masing pemalu...hahha biasalah tuh nak buat macam mana kan...hemm cita - cita juga saya takut kalau saya tepuk sebelah tangan jer nih...dia dah lah handsome boy...saya pulak...hemm ntah lah...tapi saya selalu berdoa agar dia jodoh saya....

Saturday, 16 August 2014

RINDU AKU TAK PERNAH HILANG

yes aku rindu kau sampai sekarang... rindu aku kat kau tak pernah hilang. ye aq mengaku aku selalu layan ramai lelaki, tapi itu semua sebab aku nak lupakan kau... tapi tak , aku tak boleh lupakan kau. aku selalu tengok kau dari jauh. jujur aku takut kau hilang dari pandangan aku... walaupun kau dan aku dah tak ada apa2 hubungan , tapi kau lah lelaki yang pernah buat aku tersenyum suatu ketika dahulu. aku terlalu sayang kan kau. sapai sekarang aku masih tak dapat lupakan kau. aku selalu teringat waktu kita bersama- sama dulu. kau selalu happy kan aku. yer aku akui kau tak pernah layan aku macam seorang lelaki layan makwe diaorang. tapi aku tak pernah ambil peduli langsung pasal benda tuh. sebab aku tahu waktu tuh kau milik aku dan aku milik kau. so aku tak risau. tapi apabila datang seorang perempuan dekat kau, kau tinggalkan aku cam tuh jer. aku sedih sangat. macam aku nih tak bleh layan kau macam mana perempuan tuh layan kau. hurm tapi aku tak boleh nak marah kau. setiap orang ada kekurangan dan kelebihan dia tersendiri.. aku sedar siapa aku.. maaf aku tak sempurna...
:)

Wednesday, 6 August 2014

Assalamualaikum..

Hai kawan - kawan


Masuk bulan nih genaplah saya 10 saya solo...hurmm jujur walaupun kami hanya putus disebabkan benda yang remeh temeh tapi , hati saya masih sepenuhnya milik dia. Yer lah dah hari - hari jumpa , hari - hari selisih macam mana lah perasaan sayang nih nak hilang kan. Perasaan sayang saya kepada dia tak pernah hilang walau pun sedikit. Saya tak tahulah kalau dia. Jujur setiap hari nama dia bermain di mulut saya. Setiap kali saya online wechat , twitter , facebook , insta , saya mesti stalk dia. Sebab saya nak tahu apa yang dia buad. Tipulah kalau saya kata saya tak stalk. Hampir tiap hari saya stalk. Dia seorang lelaki yang sangat baik.  Dia sangat mementingkan keluarganya. Baginya keluargaadalah segala-galanya. Itu antara salah satu sifatnya yang buad saya tertarik kepada dia. Jujur hati saya ini masih milik dia Bila saya tengok dia tweet dengan TTM dia air mata saya mengalir dengan sangat deras. Saya sedih dengan mudah dia dapat mencari pengganti saya. Dulu waktu mula - mula kami putus saya demam panas. Saya muntah - muntah , batuh , badan saya tak kaut. Saya sangat lemah waktu tuh. Perasaan sedih yang teramat sangat membuatkan saya begitu. Tiap - tiap malam saya menagis hinggakan mama saya tak mampu membuat apa - apa lagi. Saya tenung surat dia , saya peluk baju dia , saya kumpulkan semua benda yang dia berikan kepada saya untuk melepaskan rindu. Semua barang - barang dia saya simpan tersusun di almari. Tiada satu pun yang saya buang. Ada tersusun di almari bilik saya. hanya satu jer yang saya selalu bawa kemana - mana barang dia tuh... Hanya kad nama dia yang kami tukar sewaktu kami dapat sempena hadih hari jadi dari unit bimbingan dan kauseling. Hanya itu yang saya simpan di dalam loker saya da saya bawa kemana - mana sahaja nama dia itu. Sebenarnya kalau saya tak bawa pun nama dia dan diri dia sentiasa ada dalam hati saya. Saya tak pernah lupakan dia. Bagi saya dia sangat baik. Saya terlalu sayang kan dia. hemm tapi kami tiada jodoh.

Assalamualaikum.. : )

Hai kawan - kawan ..

Lumrah kehidupan kan..hurm.. Sebenarnya say ingin meluahkan perasaan saya..Dulu saya bersama dengan seseorang. Yes saya sangat sayang kan dia. sebenarnya dia bukan cinta pertama saya pon...hurmm dia lelaki yang kedua yang pernah masuk kedalam hati saya. Kalau dulu saya dengan dengan ex saya sebelum nih kami selama 3 tahun. Tapi kalau dengan yang sorang lagi nih saya hanya bersama dengannya hanya 1 bulan 2 minggu jer... kami terpisah hanya sebab saya tak ikut cakap dia. Itu bagi dia. Tapi bagi saya kami terpisaha kerana orang ke tiga. Kerana orang ketiga sebab dia ada kata pada saya yang ada seseorng minat pada dia. Hurm last - last dia nak jadikan perempuan itu adik angkat dia.. memang mula - mula saya bagi sebab dia tiada adik perempuan. Tapi saya takut kalau - kalau dia tinggalkan saya... Hakikatnya memang betul dia tinggalkan saya.. Dia kata dengan kawan - kawan dia sebb kami putus hanya kerana saya tak dengar cakap dia. Hurmm kawan - kawan nak tahu apa yang dia suruh saya buat??? dia suruh saya kuruskan sikit badan saya. Nampak tak yang dia hanya mencintai seseorang hanya daripada rupa paras , bukan dari hati... Saya tak suka dengan lelaki yang macam tuh....

Assalamualaikum...


Hai , nama saya Farah Wahidah Binti Rahim. Umur saya 17 tahun..tak genap lagi lah..hiihi.. Hurmm saya nih baru jer lagi dalam dunia blog nih..maklumlah budak baru belajar kan....hurmm btw tujuan saya buat blog nih untuk belajar jer sebenarnya....hope saya dapat tunjuk ajar dari anda semua yer...  :)